KETUA MENTERI HADIRI ULANG TAHUN KE-77 KEMERDEKAAN INDONESIA

KETUA MENTERI HADIRI ULANG TAHUN KE-77 KEMERDEKAAN INDONESIA

0
SHARE
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima sepiring nasi tumpeng dari Konsul Jenderal Republik Indonesia di Kota Kinabalu Rafail Walangitan sempena sambutan Resepsi Hari Ulang Tahun ke-77 Kemerdekaan Republik Indonesia, di Pacific Sutera Hotel di Kota Kinabalu, malam tadi. Turut kelihatan ialah Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan Isteri Toh Puan Norlida R.M. Jasni serta isteri Ketua Menteri Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag....

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menghadiri sambutan Resepsi Hari Ulang Tahun ke-77 Kemerdekaan Republik Indonesia di sini, semalam.

Turut berangkat Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Yang turut hadir isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag dan Konsul Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Kota Kinabalu, Rafail Walangitan.

Tetamu disajikan dengan makanan tradisi Indonesia antaranya bakso, soto dan nasi tumpeng serta tarian tradisi sebelum acara minuman ucap selamat dimulakan oleh Tun Juhar diikuti oleh Rafail.