Wirawati Parti Warisan Sepanggar Lumpuh, Ketua Wirawati Dan Ketua Cawangan Parti Warisan...

Wirawati Parti Warisan Sepanggar Lumpuh, Ketua Wirawati Dan Ketua Cawangan Parti Warisan Isytihar Keluar Parti Beramai-Ramai

0
SHARE

SEPANGGAR, SABAH – Akibat tidak berpuashati dengan rekod kerja buruk Ahli Parlimen Sepanggar Dato’ Azis Jamman membangunkan kawasan Parlimen Sepanggar akhirnya sekumpulan pejuang awal pimpinan Parti Warisan Sabah bahagian Sepanggar yang diketuai oleh Ketua Wirawati Bahagian Sepanggar telah mengumumkan keluar parti berkuatkuasa hari ini, 21 Jun 2020.

Sidang akhbar tersebut yang dihadiri oleh pimpinan cawangan-cawangan Warisan Bahagian Sepanggar yang berlangsung pada jam 3 petang sebentar tadi di Hotel Grand Borneo, Kota Kinabalu turut menerangkan lebih lanjut berhubung situasi politik semasa di Bahagian Sepanggar.

 

 

 

 

 

 

 

Video sidang akhbar Wirawati Bahagian Sepanggar sebenar tadi, jam 3 petang…(Sumber video dipetik daripada Facebook milik P171 Wirawati Sepanggar -Laman Rasmi)

Ketua Wirawati Parti Warisan Sepanggar dalam kenyataan medianya hari ini berkata, sebagai pejuang awal parti dan jentera pilihan raya Bahagian Sepanggar, beliau dan pemimpin Parti Warisan Sabah lainnya amat merasa kecewa dengan Parti Warisan Sabah khususnya Dato’ Azis Jamman kerana telah mengabaikan kebajikan rakyat di Parlimen Sepanggar.

Malahan kebajikan ahli-ahli Warisan juga turut sama terabai dan langsung tidak dipedulikan oleh Azis.

Turut mengumumkan keluar parti adalah AJK Bahagian Sepanggar Kapten Dr. Zulfikar yang turut dikenali sebagai pejuang hadapan Parti Warisan Sabah.

Senarai nama pemimpin Parti Warisan Sabah bahagian Sepanggar yang keluar Parti adalah:-

Raisah Binti Abd Ghafur; Ketua Wirawati Warisan Bahagian Sepanggar, Fiona Sarama; Naib Ketua Wirawati Bahagian Sepanggar, Basirah Binti Rosli; Setiausaha Wirawati Bahagian Sepanggar, Satrah Nurizman; Bendahari Wirawati Bahagian Sepanggar, Belinda Ibrahim; Ketua Penerangan Wirawati Bahagian Sepanggar, Yulita Telisyen; AJKT Wirawati Bahagian Sepanggar, Nurraudha Mohd Ismail; AJKT Wirawati Bahagian Sepanggar, Sharifah Nurzakinah Suyuti; AJKT Wirawati Bahagian Sepanggar, Roswida Binti Mat Jain; AJKT Wirawati Bahagian Sepanggar, Nurselina Ismail; Ketua Cawangan Telipok Ria Blok 18, Mohd Yusuf Bin Borhan; Ketua Cawangan Telipok Ria Blok 14, Siti Fatimah Binti Ami; Ketua Cawangan Kg. Badas, Faizal Bin Nasal; Ketua Cawangan Telipok Ria Blok 15, Dania Bin Mohamad; Ketua Cawangan Telipok Ria Blok 6, Saidin Bin Nordin; Ketua Cawangan Telipok Ria Fasa 2 Blok 10, Soharto Ahmad; Ketua Cawangan Telipok Ria Blok 1A, Puteri Zainab Ismail; Ketua Cawangan Telipok Ria Blok 18B, Zahirah Binti Isnani; Ketua Cawangan Telipok Ria Fasa 1 Blok 5, Kapten Dr. Zulfikar Bin Zulkifli; Mantan AJK Bahagian Sepanggar yang dilantik serta ahli-ahli Parti Warisan yang hadir pada sidang akhbar sebentar tadi.

Dalam pada itu penganalisis politik berkata masa depan Parti Warisan kini jelas semakin gelap di Sabah.

Selain ditolak sepenuhnya oleh rakyat Sabah kerana kegagalan Shafie mengemudi negeri Sabah dengan baik, kini terbukti pemimpin dan ahli-ahli Parti Warisan juga telah menolak Shafie dan Parti Warisan itu sendiri.

Menurut mereka lagi tidak mustahil wakil rakyat Parti Warisan termasuk dari PKR dan DAP juga akan mengisytiharkan keluar Parti untuk menumbangkan Warisan di Sabah dalam waktu terdekat ini.