PENAMPANG, SABAH – Seorang warga emas maut dalam api dan meninggalkan isteri yang melecur separuh badan dan muka dalam kebakaran rumah di Kampung Gunsing Novunsu di sini awal pagi tadi.
Mangsa rentung dikenali sebagai Godfrey Tozuu Moligan, 90, sementara isteri beliau, Josepha Lojikim, 89, berada dalam keadaan kritikal di Hospital Queen Elizabeth 2.
Ketua Operasi, PKPgB John Radsung berkata panggilan kecemasan kes tersebut diterima Balai Bomba Penyelamat (BBP) Penampang pada pukul 3.16 pagi.
“Usaha memadam kebakaran turut dibantu oleh BBP Kota Kinabalu dan BBP Lintas dengan kekuatan anggota 19 anggota pelbagai pangkat…
“Anggaran keluasan rumah jenis tidak kekal ialah 30×40 meter persegi. Operasi terkawal pada pukul 4.24 pagi.
“Setelah mendapati tiada kemerbahayaan yang dijangka akan berlaku, pasukan bomba bertolak balik ke balai,” katanya sambil menambh operasi tamat pada jam 5.56 pagi.
Sementara itu, empat (4) ahli keluarga mangsa yang lain berumur dikalangan 33 hingga 68 tahun dilaporkan selamat.