Dua Wanita ‘Gantung’ Apabila Dicekup Polis Ketika Baharu Sahaja Dapatkan Bekalan Syabu

Dua Wanita ‘Gantung’ Apabila Dicekup Polis Ketika Baharu Sahaja Dapatkan Bekalan Syabu

0
SHARE

PAPAR, SABAH – DUA (2) wanita ‘gantung’ ingin menikmati dadah mereka apabila dicekup Bahagian Narkotik polis ketika baharu sahaja mendapatkan bekalan dadah jenis syabu di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Papar, Batholomew Ak Umpit berkata dadah seberat 0.91 gram dalam dua tiub potongan straw ditemui pada salah seorang suspek yang berusia dalam 20-an mereka.

“Kedua-dua suspek ini terlibat dengan aktiviti penagihan dadah di daerah Papar…

“Salah seorang suspek telah disiasat di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 dengan jumlah rampasan, manakala seorang lagi suspek telah ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Ihsan foto daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Papar…

Katanya kejayaan tangkapan berkenaan merupakan salah satu usaha pihak polis dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah disamping mencegah aktiviti jenayah di daerah Papar.

Batholomew juga menasihatkan orang ramai jika mempunyai sebarang maklumat berkaitan dadah khususnya dalam daerah Papar untuk memaklumkan kepada pihak polis.