Dunia Seni Kehilangan Bintang dari Borneo, Lotter AF4 Meninggal Dunia

Dunia Seni Kehilangan Bintang dari Borneo, Lotter AF4 Meninggal Dunia

0
SHARE

KOTA KINABALU: Dunia hiburan tanah air, khususnya di Sabah, berduka dengan pemergian bekas pelajar Akademi Fantasia 4 dan penyanyi kumpulan The Divine Master, Lotter P. Edwin Edin, yang meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, kira-kira jam 10.50 malam tadi.

Menurut sumber, Lotter, 43, dimasukkan ke hospital awal pagi semalam selepas mengalami kesukaran bernafas sekitar jam 7.30 pagi kelmarin.

Allahyarham diberi rawatan kecemasan namun keadaannya dilaporkan semakin kritikal menjelang petang sebelum disahkan meninggal dunia selepas menerima bantuan pernafasan (CPR) selama kira-kira 10 minit.

Lotter atau lebih dikenali dengan nama mesra Dudu, berasal dari Membakut dan dilahirkan pada 30 April 1982.

Allahyarham mula dikenali menerusi Akademi Fantasia Musim Ke-4 pada 2006, di mana beliau muncul sebagai naib juara.

Selain aktif dalam bidang nyanyian, Allahyarham juga pernah bertugas sebagai penyampai radio di Suria FM dan VOK FM.

Pemergian beliau meninggalkan kesan mendalam kepada rakan-rakan artis dan peminat yang mengenali beliau sebagai seorang yang periang, berbakat besar dan rendah hati.