KETUA WANITA WARISAN SEOLAH KHAYAL KETUM RAMAL GRS TUMBANG DAN WARISAN AKAN...

KETUA WANITA WARISAN SEOLAH KHAYAL KETUM RAMAL GRS TUMBANG DAN WARISAN AKAN MEMERINTAH SABAH

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Gabungan NGO Bebas Suara (BEBAS) menyifatkan kenyataan Ketua Wanita Parti Warisan kononnya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan tumbang dan bakal digantikan oleh Parti Warisan untuk memerintah Sabah seolah-olah sedang ‘khayal daun ketum’.

Ketua Wanitanya, Norfaizah Chua dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh sebuah portal tempatan (kelmarin) menyatakan salah satu alasan GRS akan tumbang pada PRN-17 akan datang adalah disebabkan kebanyakan rakyat Sabah tidak berpuas hati terhadap kelemahan kepimpinan yang ditunjukkan oleh Hajiji melalui jutaan isu masa kini.

Beliau turut meramalkan Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) akan diadakan sebelum akhir tahun ini berbanding tempoh tamat Dewan Undangan Negeri (DUN) sekarang yang dijadualkan pada Oktober tahun depan.

BEBAS sedar mutakhir ini semakin ramai pemimpin Warisan seolah-olah sedang mengalami sakit jiwa dan kemurungan akibat negeri Sabah kini ditadbir dalam keadaan yang sangat baik.

“Oleh sebab itu kebanyakan mereka hanya merekayasa fitnah dengan memburukkan kerajaan GRS dan PH di Sabah…

“Mereka (pemimpin Warisan Sabah) sebenarnya terlupa bahawa rakyat Sabah secara ‘total’ telah menolak Parti Warisan dan sebagai bukti pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 (PRU-15) lalu parti ini hanya menang 3 kerusi selepas bertanding 25 kerusi di Sabah…

Keputusan Pilihan Raya Utama Ke-15 (PRU-15)…

“Manakala kesemua 26 kerusi di Semenanjung, Warisan turut kalah, malahan hampir kesemua calon mereka kehilangan wang deposit,” jelas BEBAS.

BEBAS berkata lagi, “adakah Norfaizah sedar bahawa selama hampir 26 bulan Parti Warisan diberikan peluang memerintah Sabah, tetapi satu pelabur pun tidak berjaya dibawa masuk ke Sabah walaupun Shafie telah menandatangani MOU dengan beberapa syarikat di China.”

Shafie Apdal meterai MoU pelaburan bernilai RM20 bilion pada 2019, selepas hampir setahun di mana pelabur ini yang melabur di Sabah?…(Foto dipetik daripada BH online)

Tambahan pula, semasa Warisan mengambil ailh kerajaan kadar KDNK berada pada 8.2 peratus dan selepas 2 tahun kadar KDNK telah menjunam teruk ke paras 0.5 peratus.

Data rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Rekod pentadbiran ekonomi Sabah dibawah pentadbiran Datuk Seri Shafie Apdal berjaya menjunamkan kadar pertumbuhan KDNK Sabah dari 8.2% (paling tertinggi diantara semua negeri) pada tahun 2017 ke 1.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2018 dan turun lagi ke 0.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2019…

Parti Warisan juga telah membatalkan projek Pan Borneo sehingga menyebabkan keadaan jalan di Sipitang ke Beaufort dan laluan Ranau ke Sandakan sehingga ke Lahad Datu berada dalam keadaan teruk dengan perumpamaan seolah-olah jalan seperti di bulan.

“Adakah Norafizah turut tidak menyedari bahawa Shafie adalah pelopor kepada ‘Sempornasisasi’ apabila turut melantik Timbalan Ketua Menteri juga berasal dari Semporna. malahan kebanyakan lantikan pegawai tertinggi di Sabah juga dilantik dari Semporna dan mempunyai hubungan rapat dengan Shafie…

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

VIDEO tular yang menunjukkan betapa angkuhnya Warisan apabila Ketua Wira Warisan Sepanggar mengisytiharkan slogan Sabah ditukar kepada ‘Sabah Kita Punya’…
Jaujan Sambakong bekas Setiausaha Politik dan orang kanan Shafie Apdal adun dan berasal dari Semporna dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah dalam masa yang sama ramai lagi YB luar Semporna yang lebih layak…
Shafie Apdal melantik seorang yang dipercayai ‘Tauke Balak’ Datuk Hu Chang Lik sebagai Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) pada 29 Ogos 2018…
VIDEO Shafie dalam satu ucapan yang pernah tular sebelum ini mengakui dan berkata “apabila kita berkuasa kita jaga orang kita”

“Parti Warisan juga dilihat aktif membuat gerakan pendaftaran bergerak bagi mereka yang tidak mempunyai dokumen, pemutihan kepada PTI malahan telah menyuarakan cadangan memberikan sebuah Pulau kepada PTI termasuk cadangan memberikan dokumen PSS (Pas Sementara Sabah),” tambah BEBAS lagi.

VIDEO tular yang menunjukkan penyokong Warisan yang kebanyakannya asal Filipina turut melaungkan slogan ‘Sabah Kita Punya’…

Tambahan lagi, BEBAS turut mendakwa parti Warisan juga bertanggungjawab menyebabkan pelabur gagal membeli saham Sabah Forest Industries (SFI) sehingga menyebabkan ratusan keluarga menderita.

“Terlalu banyak sebenarnya kegagalan Warisan yang tidak perlu diceritakan berbanding pencapaian GRS di Sabah…

“Cukuplah dengan kenyataan berfakta Sabah telah menerima pelaburan berjumlah RM11.34 bilion pada tahun 2023 sekali gus menjadikannya negeri ke-7 di Malaysia menerima pelabur luar tertinggi di negara ini…

Tangkap layar portal berita Sabah News pada hari ini yang membuktikan Sabah menerima pelaburan berjumlah RM11.34 bilion pada tahun lepas (2023)…

“Perjalanan kerajaan GRS dan PH masih jauh berliku untuk memajukan Sabah, namun kerajaan ini dilihat jauh lebih baik dari Parti Warisan,” jelas BEBAS.

BEBAS sangat percaya bahawa dalam tempoh 5 tahun yang mendatang, masalah utama seperti jalan raya, elektrik dan air akan mampu diatasi dan dinikmati hasilnya oleh seluruh rakyat di Sabah.

Nota: Artikel di atas telah dihantar oleh Gabungan NGO Bebas Suara (BEBAS) dan tidak mencerminkan langsung pendirian SabahNews.