Badan Bahasa Dan Sastera Serah Naskah Antologi Puisi “Keluarga Malaysia” Kepada Bung

Badan Bahasa Dan Sastera Serah Naskah Antologi Puisi “Keluarga Malaysia” Kepada Bung

0
SHARE
TUNJUK..Jasni ,Jaafar dan Abd.Karim menunjukan naskah antologi puisi "Keluarga Malaysia"...

KOTA KINABALU, SABAH – Persiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah Datuk Jasni Matlani menyerahkan beberapa nashkah buku Antologi Puisi Keluarga Malaysia kepada Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin yang diwakili oleh Setiausaha Akhbarnya Jaafar Abdul Wahid dalam satu majlis ringkas di Kota Kinabalu kemarin.

Menurut Jasni antologi puisi Keluarga Malaysia terbitan Iris Publishing & Distriubutors memuatkan 104 buah puisi yang dihasilkan oleh beberapa para pemimpin negeri dan juga beberapa beberapa penulis tempatan sebagai satu asresiasi bagi berkongsi suara hati ,inspirasi serta pemikiran mereka dalam menterjemahkan slogan ” Keluarga Malaysia” yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Dato’Sri Ismail Sabri Yaakub

Jasni berkata Bung adalah antara pemimpin di negeri ini yang bukan sahaja menyumbang dana kewangan untuk membayai penerbitan antologi ini tapi turut menyumbang sebuah puisi dalam antologi dan sebagai rasa penghargaan dan terima kasih Badan Bahasa dan Sastera Sabah hari ini menyampaikan beberapa naskah antologi untuk simpanan beliau.