HAJIJI LAYAK TANDATANGAN PERJANJIAN ANTARA PARTI GABUNGAN MEMBENTUK KERAJAAN PERSEKUTUAN

HAJIJI LAYAK TANDATANGAN PERJANJIAN ANTARA PARTI GABUNGAN MEMBENTUK KERAJAAN PERSEKUTUAN

0
SHARE
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor...

KOTA KINABALU, SABAH – Perlembagaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mempunyai peruntukan berkaitan keahlian terus kepada individu dan kesatuan antara parti.

Datuk Seri Hajiji Haji Noor ketika ini adalah Pengerusi di dalam GRS yang sah.

Walaupun wujud di dalam perlembagan mengenai penyertaan BERSATU sebagai salah satu parti gabungan, namun ahli terus kepada GRS seharusnya dijadikan sandaran kepada bekas pemimpin BERSATU Sabah yang telah meninggalka parti.

Nama mereka telah didaftarkan sebagai ahli GRS yang sah.

Justeru tidak timbul soal keabsahan perjanjian permuafakatan antara pemimpin-pemimpin GRS, GPS, BN, PH dan Warisan di Pejabat Perdana Menteri baru-baru ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor (kiri) yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah), Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Premier Sarawak yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg dan Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Panglima Mod Shafie Apdal pada Majlis Menandatangani Permuafakatan Antara Gabungan Di Bawah Kerajaan Perpaduan di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada 16 Dis 2022…

Mengulas kenyataan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee menyifatkan perjanjian persefahaman (MoU) gabungan parti-parti politik menyokong Kerajaan Pusat pimpinan Pakatan Harapan yang ditandatangani Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor sebagai tidak sah, Baharuddin Palembang Penganalisis Politik Cintanusa Resources berkata, isu sah atau sebaliknya tidak timbul kerana Hajiji masih Pengerusi GRS walaupun telah keluar dari BERSATU

Datuk Seri Dr Ronald Kiandee…

GRS agak unik kerana ahli-ahli gabungan boleh mendaftar terus menjadi ahli dalam masa yang sama mereka juga adalah ahli politik dalam gabungan.

Baharuddin berkata Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebelum ini telah bersetuju untuk bekerjasama sebagai satu blok iaitu ‘Blok Borneo’ bagi menentukan siapa yang akan membentuk kerajaan yang stabil.

 

Portal berita tempatan pada 19 November 2022 menyiarkan bahawa Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Haji Noor menyokong kerajaan yang stabil bersama GPS…

GRS telah menyerahkan sepenuhnya kepada GPS untuk memutuskan keputusan blok itu, dengan gabungan Sabah untuk mengikut sebarang keputusan rakan sejawatannya di Sarawak.

“(Pengerusi GPS) Abang Johari Openg ialah jurucakap blok itu dalam masa yang sama agar gabungan ini bergerak ke hadapan sekiranya Hajiji masih terikat sebagai ahli BERSATU…

“Justeru tindakan Hajiji untuk meninggal BERSATU dibuat selepas melihat kepentingan ‘Blok Borneo’ perlu diutamakan,” kata Baharuddin.

Baharuddin berkata lagi, cepat atau lambat Hajiji dan pimpinan BERSATU Sabah pasti meninggalkan BERSATU.

Waupun BERSATU dan Perikatan Nasional (PN) menjadi parti pemerintah, keputusan untuk keluar BERSATU pasti dilakukan memandangkan senario tuntutan hak di dalam perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sukar dibuat sekiranya mereka masih mempunyai kaitan dengan parti yang datangnya dari Semenanjung Malaysia.

Dalam pada itu, Maximus dalam kenyataan hari ini turut tampil mengesahkan mesyuarat AMT GRS pada 09 Disember memutuskan untuk mengekalkan Hajiji sebagai Pengerusi GRS dan juga telah menggugurkan keanggotaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai Ahli Badan Gabungan dalam GRS.