Mayat Remaja Dikhuatiri Lemas Ditemui Di Pesisir Pantai Kg Tempurung

Mayat Remaja Dikhuatiri Lemas Ditemui Di Pesisir Pantai Kg Tempurung

0
SHARE
Mayat seorang remaja berusia 17 tahun ditemui di pesisir pantai Kg . Tempurung. - Foto ihsan Bomba Sabah...

KOTA BELUD, SABAH – Mayat seorang remaja berusia 17 tahun ditemui pada hari kedua usaha mencari dan menyelamat di pesisir pantai Kg . Tempurung sini.

Ikhwan Haikal Kamis ditemui pada jam 6.15 pagi tadi, kira-kita 400 meter dari lokasi sebuah Pusat Kawalan Bomba.

“Mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut,” lapor Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.

Menurutnya, dua rakan mangsa berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung kira-kira 4 petang Sabtu semalam.

“Mangsa diselamatkan penduduk kampung manakala seorang mangsa telah tenggelam di bawa arus dan ombak,” katanya dalam satu kenyataan media.