Lagenda Bola Sepak Dunia, Diego Maradona Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Lagenda Bola Sepak Dunia, Diego Maradona Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

0
SHARE

BUENOS AIRES, ARGENTINA – Legenda bola sepak dunia, Diego Maradona meninggal dunia pada usia 60 tahun.

Agensi berita BBC melaporkan bahawa bekas pemain tengah dan pengurus pasukan Argentina itu mengalami serangan jantung di kediamannya Tigre, di Buenos Aires semalm (Rabu).

Maradona sebelum ini menjalani pembedahan bagi mengeluarkan darah beku pada otak awal November lalu, selain pernah menjalani rawatan kerana ketagihan alkohol.

Presiden Argentina, Alberto Fernandez serta merta mengumumkan tempoh berkabung selama tiga (3) hari di seluruh negara.

“Anda membawa kami ke puncak dunia. Anda membuat kami sangat gembira. Anda adalah yang terhebat.

“Terima kasih kerana muncul, Diego. Kami akan merinduimu sepanjang hidup kami,” ujar Fernandez.

Dalam satu kenyataan di media sosial, Persatuan Bola Sepak Argentina, menyifatkan pemergian Maradona menyebabkan kesedihan yang amat mendalam.

“Ia kesedihan yang amat mendalam atas kematian legenda kami. Anda akan selalu di hati kami,” kata persatuan itu.

Maradona antara pemain terbaik sepanjang zaman telah diiktiraf sebagai salah seorang pemain terhebat dalam sejarah bola sepak dunia, menjadi kapten ketika Argentina memenangi Piala Dunia 1986.

Beliau juga diingati kerana meledakkan jaringan yang digelar ‘The hand of God’ ketika menewaskan England 2-1 di suku akhir saingan Piala Dunia pada tahun yang sama.