Program Solar Rakyat Bantu Jimat Bil, Percepat Tenaga Hijau Sabah – David

Program Solar Rakyat Bantu Jimat Bil, Percepat Tenaga Hijau Sabah – David

0
SHARE

KOTA KINABALU: Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) Sabah menyifatkan pelancaran Program Solar Rakyat oleh Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) sebagai langkah tepat dalam mempercepat peralihan kepada tenaga boleh baharu.

Pengerusinya, David Chan berkata program itu menawarkan rebat RM1,000 bagi setiap kilowatt (kW) sehingga maksimum 4kW kepada pengguna elektrik satu fasa, sekali gus mengurangkan kos pemasangan sistem solar di kediaman.

Program ini bukan sahaja membantu menjimatkan bil elektrik, malah membolehkan pengguna menjana pendapatan melalui penjualan lebihan tenaga ke grid selama 12 tahun,” katanya.

Beliau berkata inisiatif itu turut menyumbang kepada keselamatan bekalan elektrik negeri serta pembangunan tenaga hijau, selain menggesa orang ramai yang layak agar merebut peluang menyertainya.