Wujud Lagi Kluster Baharu Di Sabah Yang Dikesan Di Tempat Kerja

Wujud Lagi Kluster Baharu Di Sabah Yang Dikesan Di Tempat Kerja

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – TIGA (3) kematian dilaporkan masing-masing di daerah Kota Kinabalu, Kalabakan dan Semporna pada Jumaat yang mana Sabah mencatatkan 326 KES baharu positif COVID-19.

Angka tersebut menunjukkan penurunan 44 kes dari hari sebelumnya.

SATU (1) kluster baharu turut dikesan di daerah Ranau melibatkan jangkitan di tempat kerja.

Jurucakap COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata Kluster Pekan Ranau disyaki bermula di sebuah klinik swasta sebelum menular kepada para pelanggannya.

“Ia dikesan oleh klinik tersebut sendiri melalui saringan bergejala apabila dua orang staf yang disahkan positif COVID-19 pada 10 Julai sekaligus menjadi kes indeks…

“Jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini sebanyak 15 kes termasuk lima lima kes baharu hari ini,” katanya.

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Sabah setakat 16 Julai 2021…(Sumber Foto: Command Centre Sabah)

Tambahnya lagi, Kota Kinabalu merupakan daerah tertinggi dengan kes COVID-19 baharu pada hari ini iaitu 123 kes dimana sehingga kini sebanyak 15 lokaliti telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Dalam pada itu, TIGA (3) lokaliti diperkenakan PKPD bermula 18 sehingga 31 Julai.

“Ini termasuk Ladang Sawit KLK Lungmanis dan Perumahan Kilang, Mukim Silabukan di Lahad Datu, Kampung Pinolobuh Bukid di Kota Belud dan Taman Ehsan di Kudat,” Masidi berkata.