FAISAL HALIM KRITIKAL AKIBAT MELECUR

FAISAL HALIM KRITIKAL AKIBAT MELECUR

0
SHARE
Faisal
Pemain sayap pasukan bola sepak negara, Faisal Halim, mengalami serangan asid di sebuah pusat beli-belah

KUALA LUMPUR – Pemain sayap pasukan bola sepak negara, Faisal Halim, mengalami serangan asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara pada Ahad.

Polis menerima maklumat daripada orang awam bahawa mangsa, yang juga dikenali sebagai Mickey, disimbah cecair dipercayai asid pada jam 5.51 petang.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata tangkapan suspek pertama, seorang lelaki, akan dilepaskan pada Selasa selepas tamat tempoh remannya.

“Lelaki berusia 20an itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan serangan.

“Pada mulanya, suspek ditahan kerana nombor pendaftaran motosikalnya sepadan dengan nombor yang dikesan di tempat kejadian.

“Kami percaya pelaku sebenar menggunakan nombor pendaftaran palsu, justeru lelaki pertama yang ditahan akan dibebaskan,” katanya hari ini memetik The Star.

Bagaimanapun, Hussein berkata suspek akan ditahan semula kerana didapati positif dadah.

Difahamkan seorang lagi suspek telah ditahan hark ini berhubung kes. Motif disebalik serangan itu juga masih tidak pasti.

Faisal kini berada dalam keadaan kritikal dengan kesan lecuran tahap empat.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata mangsa menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Shah Alam.

“Sedih saya melihat keadaannya ketika ini, kerana dia ada beritahu bahawa terasa sakit seperti terbakar di dalam kulit dan mengerang kesakitan,” katanya memetik Harian Metro.

Gambar kecederaan Faisal tular di media sosial dan ramai pengguna internet terkejut kejadian seumpama itu menimpa seorang pemain bola sepak negara.

Minggu lalu, rakan sepasukan Harimau Malaya, Akhyar Rashid, disamun di Kuala Terengganu dan mengalami kecederaan luka dan lebam.