KUALA LUMPUR – Orang ramai menggesa agar pihak Polis segera mengenakan kompaun ke atas Ahli Parlimen Pembangkang selepas mereka berhimpun secara haram di hadapan bangunan Parlimen hari ini.
Majoriti rakyat Malaysia turut menzahirkan perasaan marah apabila Ahli Parlimen yang berhimpun pagi tadi secara jelas telah melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang mana sebelum ini ramai rakyat Malaysia telah dikenakan tindakan saman kerana telah melanggar SOP yang serupa.
Pagi tadi sekumpulan ahli Parlimen pembangkang berhimpun di Bulatan Datuk Onn di ibu kota selepas mereka dilarang memasuki bangunan Parlimen.
Antara yang kelihatan ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad; Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Kota Raja, Mohammad Sabu; dan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.
Untuk rekod, sejak PKP 1.0 dilaksanakan pada tahun 2020 sehingga kini ratusan saman telah dikenakan ke atas umat Islam kerana kesalahan melanggar SOP ketika menunaikan solat.
Terkini pada 21 Julai seramai 49 umat Islam telah dikenakan tahanan reman, kesemua mereka telah digari, dipakaikan dengan pakaian berwarna oren kerana telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana menunaikan solat sunat Aidiladha di luar pekarangan Surau Taman Pelangi Juru, Bukit Mertajam.
Menurut warganet lainnya pula berkata; “saf untuk solat berjemaah ditetapkan 1 meter, manakala untuk solat masjid dan surau dihadkan bilangan seramai 40 orang dan kalau lebih pihak berkuasa akan terus mengenakan kompaun.”
“Malangnya bagi ahli-ahli parlimen yang berhimpun secara haram, dalam keadaan rapat dan kehadiran mereka mencecah hampir seratus orang, kenapa pihak berkuasa tidak terus tangkap dan dakwa mereka?, kenapa mesti wujud ‘double standard’ di sini?,” soal mereka lagi.
Berikut adalah komen dari warganet dalam ruangan komen portal berita online:
Maiza Ismail: Saya hanya nak beri cadangan, boleh kah pihak KKM bermurah hati untuk pinjam kan pesakit covid untuk turut serta di setiap perhimpunan membabitkan hal politik😔 covid ni Real tau pakcik!!! Kawan kawan saya yang dah terkena covid ni menderita menahan sakit 😢 itu belum lagi nak cerita kesedihan ahli keluarga yang meninggal ..kami yang marhaen ni akur dok rumah jaga SOP.
Latifah Sidek: Boleh Jamin covid ni hilang di bumi Malaysia ni ke kalau pembangkang ambil alih kuasa..?? Rakyat dah bosan Laaaaa… Kita diarah bekurung dia orang senang melalak kat jalanan.
Rosina Ahmad: Nampak sangat pembangkang ni jenis yang pentingkan diri sendiri tidak pikir kan rakyat yang tengah derita sekarang semuanya nak berebut jawatan PM Malaysia..kesianlah kami rakyat wahai pembangkang bagilah covid ni reda dahulu nak berebut jawatan pun..
Mohd Amri: Tak habis nak berebut kuasa takde langsung fikir tentang rakyat.
Samuneh umi: Ini lah pemimpin pembangkang punya perangai yang sebenar bukan nak melindungi rakyat hanya nak rebut kuasa ya Allah kau bagi merasa kepada semua yang membuat perhimpunan virus covid19 dah rasa baru lah tahu langit itu tinggi ke rendah aamiin.
Ita Che Omar: SOP takde…buat plak macam ni….kompoun le
#pdrm jangan double standard..kompoun je..orang pi kubur boleh korang kompoun, orang buat kenduri boleh korang cari untuk kompoun. Jalankan kerja tanpa kira pangkat dan darjat!!!!!!
Azilatun Dania: Sop mana…. tak kan rakyat je yang kena jaga SOP.
Ara Ayira: Suruh rakyat patuh SOP tapi mereka sendiri yang langgar. Betul-betul kayangan ni.
Nor Kamariah: Wahai PDRM, seorang lelaki ziarah kubur yang hanya dia seorang polis datang terus kene saman, orang solat masjid tidak jaga SOP terus kene saman , orang buat majlis kenduri terus kene saman, mengapa yang ni PDRM tidak terus tunjuk surat saman.
Berikut adalah sebahagian lagi paparan komen warganet yang mengecam perhimpunan haram Ahli Parlimen Pembangkang pagi tadi;