Tongkang Tenggelam, Lima Kru Selamat

Tongkang Tenggelam, Lima Kru Selamat

0
SHARE

LABUAN, SABAH – Lima kru sebuah tongkang dan bot kargo yang membawa muatan air tawar terselamat akibat daripada cuaca buruk di perairan Pulau Kuraman pada Khamis.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, Pusat Operasi Zon Maritim Labuan menerima aduan berkaitan kejadian berkenaan.

“Bot peronda Maritim Malaysia yang sedang dalam rondaan Op Sejahtera telah ditugaskan ke lokasi kejadian dan menjumpai sebuah bot kargo yang sedang berusaha untuk menyelamatkan kru barge yang telah tenggelam.

“Kesemua mangsa yang berumur lingkungan 30 tahun hingga 45 tahun telah dipindahkan ke Bot Tunda YAKIN yang berada berdekatan,” katanya…

Beliau berkata kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan manakala pihak syarikat akan melakukan usaha pengapungan semula barge berkenaan.

“Justeru itu, sebarang kejadian kecemasan dan kemalangan di laut mohon segera dilaporkan terus melalui talian kecemasan MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427999,” tegasnya.