KOTA KINABALU, SABAH – Peningkatan sebanyak dua (2) kes sahaja berbanding angka kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan pesakit COVID-19 hari ini sebanyak 545 KES
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata tiada daerah yang mencatatkan kes baharu melepasi tiga (3) angka.
“Kota Kinabalu mencatatkan penurunan kes yang agak baik pada hari ini iaitu -28 kes, diikuti dengan Ranau dengan -23 kes…
“Namun Kota Kinabalu kekal penyumbang terbesar kes baharu di Sabah. Sebanyak 12 daerah merekodkan peningkatan kes yang agak kecil,” katanya.
Sebanyak 222 kes atau hampir 41 peratus (41%) daripada jumlah keseluruhan kes hari ini berpunca daripada Saringan Bergejala yang sinonim dengan ketidakpatuhan pada prosedur operasi standard (SOP).
Kata Masidi tiada pesakit berada dalam Kategori 3, sementara hanya dua (2) pesakit dalam Kategori 4 dan hanya seorang dalam Kategori 5.
“Hampir 99 peratus (99.1%) daripada semua pesakit berada dalam Kategori 1 dan 2. Dua(2) pesakit lagi belum dikategorikan kerana masih dalam penilaian,” katanya.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (20 Nov) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 92 (120)
Kota Belud – 57 (47)
Penampang – 49 (40)
Tuaran – 47 (51)
Papar – 43 (28)
Tenom – 36 (36)
Ranau – 28 (51)
Kota Marudu – 26 (23)
Beaufort – 18 (18)
Putatan – 18 (17)
Sipitang – 17 (5)
Kudat – 16 (8)
Keningau – 14 (19)
Tambunan – 13 (15)
Telupid – 13 (4)
Tawau – 13 (16)
Sandakan – 10 (9)
Pitas – 8 (8)
Kuala Penyu – 6 (1)
Tongod – 6 (7)
Lahad Datu – 5 (7)
Semporna – 3 (0)
Beluran – 3 (14)
Kinabatangan – 2 (9)
Nabawan – 1 (2)
Kalabakan – 1 (0)
Kunak – 0 (3)





