Kebakaran Rumah: Rentung Di Raya Kedua

Kebakaran Rumah: Rentung Di Raya Kedua

0
SHARE
Bomba
Mayat perempuan diusung keluar oleh pasukan bomba ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KUALA PENYU, SABAH – Mayat seorang perempuan ditemui rentung selepas api yang memusnahkan sebuah rumah dua tingkat Kampung Gerowot sini berjaya dipadamkan awal pagi tadi.

Insiden 6.50 pagi itu tadi turut mengakibatkan seorang mangsa mengalami kelecuran di bahagian kaki ketika cuba menyelamatkan diri.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan struktur separuh kekal berukuran 30×40 kaki terbabit terbakar 80 peratus.

“Turut terlibat sebuah kenderaan jenis Proton Iswara.

“Mangsa rentung dijumpai di ruang tamu tingkat dua dan telah diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya,” kata seorang jurucakap bagi agensi.

Identiti mangsa belum dapat dipastikan, walau bagaimanapun, sepasukan enam dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Penyu sedang berada di lokasi bagi siasatan lanjut.