Lelaki Maut Hilux Terbalik Di Jalan Tawau – Semporna

Lelaki Maut Hilux Terbalik Di Jalan Tawau – Semporna

0
SHARE
Bomba
Anggota bomba bersama mayat mangsa sebelum ketibaan ambulans ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

SEMPORNA, SABAH – Seorang lelaki maut ketika Toyota Hilux dipandunya terbabas dan terbalik di Tagasan, Jalan Tawau – Semporna sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa berusia 40 tahun tersepit di dalam kenderaan terbabit.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, sepasukan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Semporna bergegas ke lokasi berjarak 20 kilometer selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.16 petang.

“Mangsa tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di tempat kejadian.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” kata seorang jurucakap agensi.

Tambahnya, setelah memastikan tiada lagi bahaya lain, operasi ditamatkan pada jam 3.28 petang.