Maut Terjatuh Dari Hotel Di Tanjung Aru Pada Raya Pertama

Maut Terjatuh Dari Hotel Di Tanjung Aru Pada Raya Pertama

0
SHARE
Kemalangan
Mayat mangsa yang dialihkan pasukan Bomba ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang lelaki disahkan meninggal dunia di beranda tingkat 1 pada sebuah hotel di Tanjung Aru sini selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lima bangunan tersebut.

Mangsa tragedi hari pertama perayaan Aidilfitri semalam itu (Sabtu) dikenal pasti sebagai Roslee Di Roslan berusia 36 tahun.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan telah menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada 6.15 petang.

“Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat lima ke beranda tingkat satu bangunan.

“Pasukan bomba menjalankan operasi membawa turun mangsa ke bawah.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan seterusnya di serahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” kata seorang jurucakap bagi agensi.

Katanya operasi tamat pada jam 6.42 petang.