Hujan, Ribut Petir Dan Angin Kencang Dijangka Melanda Beberapa Negeri Hari Ini

Hujan, Ribut Petir Dan Angin Kencang Dijangka Melanda Beberapa Negeri Hari Ini

0
SHARE
Hujan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sambutan Aidilfitri hari ini menyaksikan sekitar kawasan pesisiran Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak hujan, namun situasi itu dijangka beransur reda menjelang lewat pagi ini.

Memetik sumber Berita Harian, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga dikeluarkan awal pagi tadi untuk Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan dan Kuala Muda), Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Manjung) sehingga 9 pagi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), kawasan lain termasuk Sabah dan Sarawak tiada hujan.

Bagaimanapun katanya, pihaknya menjangkakan hujan berserta ribut petir berpotensi boleh berlaku membabitkan hampir semua negeri Semenanjung menjelang petang nanti.

“Ramalan cuaca berkenaan lebih tertumpu di kawasan pedalaman negeri utara dan pantai timur Semenanjung.

“Hujan turut diramal berlaku membabitkan kawasan pendalaman di Sabah serta bahagian utara dan pedalaman Sarawak,” menurut jurucakap jabatan itu dalam video laporan cuaca pagi ini.