TAWAU, SABAH – Seorang penunggang skuter bernasib baik hanya cedera ringan selepas dilanggar dari arah belakang oleh kenderaan pacuan empat roda di Jalan Apas Batu 2, sini, malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, TPgB II Julius John Stephen Jr berkata, pihaknya mendapat panggilan kecemasan itu pada jam 9.12 malam.
Katanya, si mangsa, Mohd Alif Fazran Malawi, 22 tahun, tercampak ke hadapan kenderaan beliau susulan kejadian itu.
“Skuter mangsa ditidih kenderaan Isuzu D-Max yang pada masa sama juga telah merempuh sebuah kereta Proton Gen-2 yang diletak pada sebelah kiri jalan raya,” jelasnya.
Julius berkata mangsa cedera pada bahagian kaki dan mengadu sakit belakang.
“Beliau diberi rawatan awal oleh pasukan Bomba dan di hantar ke hospital oleh pihak ambulans…
“Selepas memastikan tiada kemerbahayaan lain wujud operasi ditamatkan pada jam 9:49,” beliau berkata.