Mayat Lelaki Disyaki Terkena Renjatan Elektrik Ditemui Dalam Longkang

Mayat Lelaki Disyaki Terkena Renjatan Elektrik Ditemui Dalam Longkang

0
SHARE

SANDAKAN, SABAH – Mayat seorang lelaki ditemui tidak bernyawa dalam longkang berhampiran simpang masuk pekan Batu 8, subuh tadi.

Panggilan kecemasan MERS 999 yang diterima Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan untuk mengeluarkan mangsa adalah pada jam 6.32 pagi.

Pegawai Operasi, PBK II Syamzari Ganih berkata mangsa dikenal pasti sebagai seorang bukan warganegara, Mohd Nasir Hassan dalam kalangan umur 30an.

“Beliau dipercayai maut terkena renjatan elektrik. Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mangsa selepas kerja-kerja pemotongan bekalan elektrik yang dilakukan oleh pihak SESB…

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut,” katanya.