Imigresen FC Perkasa Pasukan Bersama Rakan Penaja

Imigresen FC Perkasa Pasukan Bersama Rakan Penaja

0
SHARE

PUTRAJAYA: Imigresen FC (IFC) terus memperkukuh persiapan menghadapi musim 2026/2027 menerusi kerjasama bersama barisan rakan penaja dan rakan strategik kelab.

Kerjasama itu dimeterai menerusi Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai antara usaha memperkasakan pembangunan kelab serta memastikan IFC lebih bersedia menghadapi cabaran musim baharu.

Antara yang hadir ialah, Pengarah Urusan G&S Premium Group Sdn. Bhd, Datuk Mohammad Ghazali Hajiji.

IFC turut memperkenalkan barisan rakan rasminya bagi musim 2026/2027, antaranya 100PLUS, Caspia, Emegel, Grab Media, Sportink, TRA Holidays Sdn. Bhd. dan Park Inn by Radisson.

Sportink turut diumumkan sebagai Rakan Jersi Rasmi (Official Jersey Partner) Imigresen FC bagi musim 2026/2027.

Turut hadir Presiden Kelab Bola Sepak Imigresen, Dr. Muhammad Syahmi Jaafar dan Pengarah Teknikal IFC, Datuk Zainal Abidin Hassan, bersama wakil rakan penaja serta pengurusan kelab.

Ditubuhkan pada 2015, Imigresen FC berkembang daripada pertandingan peringkat jabatan dan liga amatur sebelum melangkah ke pentas profesional serta bersaing di peringkat tertinggi bola sepak negara.