Cerun Runtuh Di Km 2.1 Sandakan Akan Mula Dibaiki Bulan Depan –...

Cerun Runtuh Di Km 2.1 Sandakan Akan Mula Dibaiki Bulan Depan – Bung

0
SHARE
Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin...

SANDAKAN, SABAH – Kerja-kerja pembaikan cerun yang runtuh di KM 2.1 jalan utama menuju pusat bandar berhampiran bulatan menara Jam SM Sung Hiew di sini akan di mulakan bulan depan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata kerajaan telah melulusan peruntukan sebanyak RM1.3 juta untuk kerja-kerja membaik pulih cerun tersebut yang runtuh ekoran hujan lebat.

“Kita perlu perbaiki segara cerun yang runtuh ini disebabkan ia merupakan laluan utama pengguna jalanraya ke pusat bandar selain ke kawasan sekolah yang berhampiran…

“Ia juga bagi mengelak runtuhan lebih besar akan berlaku selain aspek keselamatan pengguna jalanraya,” katanya selepas meninjau beberapa keadaan insfrastruktur jalanraya, jambatan dan tiang lampu yang rosak di beberapa buah tempat di kawasan bandar Sandakan kemarin.

Selain menijau cerun yang runtuh di KM 2.1 Bung juga turut meninjau cerun runtuh berhampiran Taman Vun Wu, jambatan ke-sepuluh (10) roboh di kampung Sim-Sim dan tiang lampu tumbang di Jalan Batu 5.

Bagi cerun yang runtuh berhampian Taman Vun Wu, Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkata beliau telah pun mengarahkan jurutera daerah Sandakan untuk mengemukakan cadangan dan anggaran kos peruntukan yang diperlukan untuk membaiki cerun tersebut.

Begitu juga jambatan 10 yang roboh di kampung Sim-Sim, beliau turut meminta pihak Majlis Perbandaran Sandakan mengkaji dan mengemukakan anggaran kos peruntukan yang diperlukan untuk membina jambatan baru.

“Sebaik sahaja cadangan dan anggaran kos peruntukan dikemukakan kita akan majukan permohonan untuk memohon peruntukan dari kerajaan negeri atau pusat,” katanya.

Mengenai rungutan orang ramai tentang kerosakan lampu jalan di beberapa buah tempat di sekitar bandar, Bung turut meminta pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Majlis Perbandaran Sandakan meneliti masalah ini dan mengemukakan cadangan agar bagi menukar lampu-lampu dan tiang yang mengalami kerosakan.

“Saya fikir elok kita gantikan lampu yang sedia ada dengan menggunakan lampu LED atau tenaga solar yang lebih lama ketahanannya dari lampu yang kita gunakan ketika ini,” katanya.

Turut serta dalam lawatan tersebut Ahli Parlimen Vivian Wong Shir, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Benedict Asmat Timbalan Presiden MPS Harun Arifin wakil dari Jabatan Kerja Raya dan SESB Sandakan.