Pemandu Vigo Maut Langgar Honda Jazz

Pemandu Vigo Maut Langgar Honda Jazz

0
SHARE
Pasukan Bomba megeluarkan mangsa daripada kenderaan. Foto Ishan Bomba Sabah...

KOTA KINABALU, SABAH – Pemandu sebuah Toyota Vigo maut semasa kenderaan pacuan empat roda tersebut bertembung dengan sebuah Honda Jazz di Jalan Kolam Berdekatan Dewan Foo Chow sini pagi tadi.

Kejadian 8.15 itu melihat mangsa, hanya dikenali sebagai Arsad, 57, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata pemandu kereta Honda, seorang wanita berusia 32 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut…

“Pasukan Bomba membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain dan menamatkan operasi pada jam 8.37 pagi,” katanya.