Jemaah Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan Elak Pembaziran – PM Anwar Ibrahim

Jemaah Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan Elak Pembaziran – PM Anwar Ibrahim

0
SHARE
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim...

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Jemaah Menteri yang menganggotai Kabinet Kerajaan Perpaduan perlu mengelak pembaziran serta fokus dalam melaksanakan inisiatif yang boleh meringankan beban rakyat.

Memetik sumber Bernama, katanya anggota Kabinet harus mengutamakan tata kelola yang baik semasa melaksanakan tugas masing-masing.

“Saya tetapkan Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan utamakan tata kelola dan good governance dan isu yang harus diambil untuk ringkankan beban rakyat…

“Fokus utama tetap adalah pemacuan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas pengumuman senarai Kabinet Kerajaan Perpaduan, malam tadi.

Perkara terbabit diulas oleh beliau ketika ditanya sama ada terdapat KPI (Indeks Prestasi Utama) tertentu diletakkan terhadap Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan.

Dalam pada itu, Anwar turut berkata beliau juga akan mengadakan pertemuan khas dengan Jemaah Menteri bagi membincangkan peraturan dan hala tuju setiap kementerian.

Sumber Infografik: BH Online…

“Kaedah baharu (akan) diperkenalkan, dengan maksud memusatkan usaha dalam menjalankan kerja dan elakkan segala kecurigaan tentang kemungkinan pembaziran, rasuah dan salah guna kuasa,” katanya

Sementara itu, Perdana Menteri memaklumkan senarai timbalan menteri akan diumumkan kemudian.