Lemas Ketika Cuba Lepaskan Tali Pancing

Lemas Ketika Cuba Lepaskan Tali Pancing

0
SHARE
Kemalangan
Mangsa di bawa ke tebing oleh penduduk kampung ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KINABATANGAN, SABAH – Seorang lelaki mati lemas selepas terjun ke dalam tasik untuk melepaskan tali pancing yang tersangkut di Estate Melewar Paris 3, di sini, tengah hari tadi.

Mangsa berusia 43 tahun itu dipercayai mengalami kekejangan semasa berenang.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan telah menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada 12.15 tengah hari.

“Menurut pemanggil, mangsa melakukan aktiviti memancing ikan di tasik bersama rakan-rakan.

“Pasukan bomba dengan bantuan penduduk setempat berjaya menemui mangsa pada pukul 3.06 petang.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 3.35 petang,” kata seorang jurucakap bagi agensi.