Angka Kematian Mingguan Global Akibat COVID-19 Semakin Menurun, Titik Akhir Semakin Hampir...

Angka Kematian Mingguan Global Akibat COVID-19 Semakin Menurun, Titik Akhir Semakin Hampir – WHO

0
SHARE
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)...

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) optimis usaha memerangi penyakit koronavirus setelah 32 bulan dunia bergelut dengan pandemik Covid-19 hampir sampai ke penghujung.

“Angka kematian mingguan akibat Covid-19 adalah paling rendah sejak Mac 2020…

“Kita belum pernah berada dalam keadaan sebaik ini untuk menamatkan pandemik ini. Meskipun kita belum sampai ke titik akhir namun kita sudah boleh nampak penghujungnya.

“Kita dalam kedudukan untuk menang dan perlu meneruskan larian untuk sampai ke garisan penamat.

“Jika kita leka, kita berdepan risiko lebih banyak varian, lebih banyak kematian. Usaha keras selama 32 bulan ini perlu diteruskan, “ kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam sidang media secara maya dari Geneva, Switzerland.

Angka terkini kematian global akibat Covid-19 yang berpunca daripada virus SARS-CoV-2, sebanyak 6,529,144.

Sementara itu, angka kes harian baharu Malaysia kekal bertahan di bawah 2,500 sejak penghujung Ogos dengan catatan semalam (16 September) 1,977 kes termasuk dua (2) kes import.