Tiga Lelaki Disyaki Curi Motosikal Ditahan di Penampang

Tiga Lelaki Disyaki Curi Motosikal Ditahan di Penampang

0
SHARE

PENAMPANG: Polis menahan tiga lelaki tempatan berusia antara 17 hingga 25 tahun yang disyaki terlibat dalam kes kecurian motosikal di daerah Penampang.

Ketiga-tiga suspek ditahan sepasukan polis dalam satu operasi di sekitar daerah berkenaan pada 10 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, operasi itu turut membawa kepada rampasan sebuah motosikal dan anak kunci yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

Polis akan terus mempergiat usaha mengesan dan membanteras kegiatan jenayah, khususnya kes kecurian kenderaan di daerah Penampang,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga tujuh tahun serta denda, jika sabit kesalahan.

Orang ramai turut dinasihatkan supaya memastikan kenderaan dikunci dengan sempurna, menggunakan kunci keselamatan tambahan serta meletakkannya di kawasan yang terang dan selamat.

Masyarakat juga diminta menyalurkan maklumat kepada polis sekiranya mengesan individu, kenderaan atau aktiviti yang mencurigakan.