KOTA KINABALU, SABAH – Parti Warisan hari ini akhirnya menyatakan sokongan mereka kepada Pakatan (PH) Harapan dan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk gabungan Kerajaan.
Presidennya, Datuk Seri Shafie Apdal berkata tindakan mereka membolehkan bilangan kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan selain majoriti rakyat telah mengundi PH dan BN.
“Oleh yang demikian, Pakatan Harapan dan Barisan Nasional harus diberi pilihan pertama untuk membentuk kerajaan…
“Sokongan ini juga atas alasan bahawa kerajaan persekutuan baharu akan menyelesaikan kesemua 21 tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.