KUALA LUMPUR – Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah sepakat bersetuju untuk kekal sebagai pembangkang buat masa ini.
Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan perkara terbabit menerusi kenyataan ciapan dalam akaun rasmi Twitter beliau.

Menerusi ciapan tersebut berkata mesyuarat Dewan Tertinggi BN hari ini memutuskan untuk tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan.
“Alhamdulillah, Dewan Tertinggi BN telah membuat keputusan tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan…
“BN tidak menyokong PH mahupun PN. Setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang,” katanya.
