Panel Mahkamah Tetapkan 6 April Keputusan Permohonan Penangguhan Kes 40 Peratus Sabah

Panel Mahkamah Tetapkan 6 April Keputusan Permohonan Penangguhan Kes 40 Peratus Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU: Mahkamah Rayuan Malaysia menetapkan 6 April ini sebagai tarikh keputusan bagi permohonan penangguhan pelaksanaan melibatkan tuntutan 40 peratus hasil Sabah.

Sabah Law Society dalam kenyataannya memaklumkan bahawa mahkamah telah selesai mendengar permohonan yang dikemukakan Kerajaan Persekutuan berhubung perkara tersebut.

Menurut kenyataan itu, permohonan berkenaan melibatkan persoalan sama ada perintah Mahkamah Tinggi, termasuk garis masa yang ditetapkan, akan terus berkuat kuasa sementara menunggu keputusan rayuan.

Persatuan itu berkata, pihaknya akan meneliti keputusan Mahkamah Rayuan sebaik sahaja ia diumumkan.

“Sementara itu, persatuan akan terus berpandukan arahan mahkamah,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Mohamed Nazim Maduarin.

Kes berkaitan tuntutan 40 peratus hasil Sabah itu terus menjadi perhatian kerana implikasinya terhadap hubungan kewangan antara negeri dan Kerajaan Persekutuan.