Iran Tuduh AS Langgar Gencatan Senjata, Serang Dua Kapal di Selat Hormuz

Iran Tuduh AS Langgar Gencatan Senjata, Serang Dua Kapal di Selat Hormuz

0
SHARE

Iran menuduh Amerika Syarikat melanggar gencatan senjata dengan menyerang dua kapal di Selat Hormuz serta melancarkan serangan udara ke atas kawasan awam, menurut kenyataan pihak tertinggi komando tentera bersama negara itu pada awal Jumaat.

Dari Reuters, jurucakap Ibu Pejabat Pusat Khatam al-Anbiya berkata, AS menyasarkan sebuah kapal tangki minyak Iran yang dalam perjalanan dari perairan berhampiran Jask menuju ke Selat Hormuz.

Selain itu turut disasar adalah sebuah lagi kapal yang memasuki selat itu berhampiran pelabuhan Fujairah, Emiriah Arab Bersatu.

Pada masa sama, katanya, dengan kerjasama beberapa negara serantau, serangan udara turut dilancarkan ke atas kawasan awam di sepanjang pesisir Bandar Khamir, Sirik dan Pulau Qeshm.