KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa perundingan pembentukan kerajaan baharu tidak boleh melibatkan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Zahid Hamidi.
Khairy dalam sebuah catatan Facebook semalam berkata ini kerana Zahid selaku Presiden UMNO tiada lagi “keabsahan moral dan mesti undur segera”.
“Beliau mungkin seorang Presiden di atas kertas namun tidak memiliki kuasa moral untuk membuat keputusan bagi pihak UMNO. Kenapa sekarang baru nak bersuara?
“Pada tahun 2018 saya lawan Zahid untuk Presiden UMNO. Lepas tu banyak kali cakap dia kena beri laluan. Kau kalah tak payah komen,” kata bekas Menteri Kesihatan itu.
Khairy turut menegaskan bahawa beliau selaku ahli UMNO masih berhak untuk menyuarakan pendapatnya.
Dalam kemelut pembentukan kerajaan persekutuan dengan tiada satu pun parti yang mempunyai majoriti, akar umbi, pemuda dan veteren termasuk ahli UMNO yang menjawat Menteri Besar baru-baru ini berkeras bagi Zahid mengundur diri dengan sesetengah daripada mereka berpendapat jalinan kerjasama dengan Pakatan Harapan adalah terbaik buat parti.