Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia Sabah Sasar 50,000 Pengunjung Oktober Ini

Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia Sabah Sasar 50,000 Pengunjung Oktober Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU: Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia Edisi Sabah yang dijadual berlangsung selama tiga hari, dari 23 hingga 25 Oktober 2026 di Kota Kinabalu, dijangka menarik kira-kira 50,000 pengunjung.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Mohamad Alamin berkata, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor turut dijemput untuk merasmikan majlis penutupan karnival berkenaan pada 25 Oktober.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Hajiji di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak turut membincangkan kolaborasi dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan menerusi KUSKOP dengan Kerajaan Negeri dalam memantapkan pembangunan keusahawanan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta koperasi di Sabah.

Menurut Mohamad, KUSKOP turut membantu menyediakan ruang niaga bagi memperluas peluang perniagaan kepada penjaja dan usahawan kecil di negeri ini.

Pertemuan itu turut membincangkan usaha memperkasa ekosistem keusahawanan dan koperasi di Sabah.

Kunjungan berkenaan turut disertai Timbalan Ketua Setiausaha KUSKOP, Datuk Saidatu Akhma Hassan; Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Leftenan Jeneral (Bersara) Datuk Ahmad Norihan Jalal serta wakil TEKUN Nasional, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Amanah Ikhtiar Malaysia dan Bank Rakyat.