Pengerusi JKKK dan UPPM Kundasang Diseru Untuk Sentiasa Berhubung

Pengerusi JKKK dan UPPM Kundasang Diseru Untuk Sentiasa Berhubung

0
SHARE
Joachim (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama penduduk kampung yang meraikan hari ulangtahun kelahirannya dalam Majlis Perasmian Dewan Mini kampung Monggis.

RANAU: Semua Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Kundasang digalakkan agar mengeratkan hubungan dengan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) di kawasan itu.

 

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Joachim Gunsalam turut menyeru semua Pengerusi JKKK agar sentiasa berhubung dengan UPPM terutamanya apabila menghadapi sebarang masalah dan keperluan mendesak.

Joachim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang menekankan perkara itu ketika merasmikan Dewan Mini Kampung Monggis, dalam DUN Kundasang pada Ahad lalu (21 Jan).

Lebih 200 penduduk Kg. Monggis mendapat manfaat dengan pembukaan dewan mini baharu daripada Joachim yang telah menandatangani plak dewan mini itu.

Dewan mini tersebut dibina bagi menggantikan balai raya yang sudah usang.

Joachim berkata, dewan mini ini boleh digunakan untuk melaksanakan aktiviti kampung seperti upacara keagamaan, sukan, program ketua-ketua adat dan lain-lain.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Dounis Sani atas usaha menyiapkan dewan ini dan mengarahkannya untuk mengenal pasti semua kampung yang mempunyai masalah dan mencari penyelesaian bersama.

Sehubungan itu, Joachim turut memaklumkan bahawa satu pertemuan akan diadakan bersama dengan semua Pengerusi dan Setiausaha JKKK pada 15 Februari ini.

Hadir sama ialah Setiausaha Politik kepada Dr. Joachim, Yubidi Gompoyo; Ketua Anak Negeri DUN Kundasang, Dominic Ghani; Pengerusi JKKK Kg. Monggis, Sylvita Sylvester; Ketua Kampung, Jackson Nudin dan kakitangan UPPM.