PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA UNTUK RAKYAT SABAH: KM HAJIJI

PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA UNTUK RAKYAT SABAH: KM HAJIJI

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan negeri akan menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma bagi rakyatnya kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Kabinet Negeri telah bersetuju untuk melaksanakan perkhidmatan di bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat.

“Sebagai permulaannya, ia akan dilaksanakan di 10 buah daerah,” kata Hajiji semasa Mesyuarat Jabatan Ketua Menteri pasca kabinet di Menara Kinabalu, di sini, semalam.

Katanya, ia akan dilaksanakan melalui perkhidmatan mudah alih menggunakan van khas yang dilengkapi dengan peralatan perubatan canggih untuk sampai ke kawasan luar bandar.

Sementara itu, Ketua Menteri berkata Kabinet telah meluluskan penubuhan Majlis Logistik Sabah.

“Majlis Logistik Sabah di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya akan meneliti penggubalan dasar, pengurusan dan pemantauan isu logistik di Sabah,” katanya.

Hajiji berkata Kabinet dalam mesyuarat semalam juga bersetuju membenarkan penggunaan bahan binaan bukan konvensional Sistem Binaan Berindustri (IBS) untuk pembinaan Rumah Mesra SMJ.

Beliau berkata antara punca kelewatan menyiapkan Rumah Mesra SMJ ialah kontraktor tidak dapat melaksanakan projek menggunakan bahan IBS kerana kosnya.

“Dengan melonggarkan syarat, kami berharap pembinaan Rumah Mesra SMJ akan menjadi
lebih pantas,” katanya sambil menambah reka bentuk Rumah Mesra SMJ akan dikekalkan.

Ketua Menteri berkata Kabinet telah memberi lampu hijau untuk menaikkan Paitan dan Sook ke sebuah daerah penuh.