FeRTAS Sambut Baik Peruntukan RM106.14 Juta Pembangunan Pelancongan Luar Bandar Sabah

FeRTAS Sambut Baik Peruntukan RM106.14 Juta Pembangunan Pelancongan Luar Bandar Sabah

0
SHARE
Walter
Presiden FeRTAS, Walter Kandayon ( Sumber Foto: Ihsan FeRTAS )

KOTA KINABALU, SABAH – Gabungan Persatuan Pelancongan Luarbandar Sabah (FeRTAS) menyambut baik peruntukan sebanyak RM106.14 juta untuk pembangunan pelancongan luarbandar dalam Bajet Negeri 2024 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Datuk Masidi Manjun pada Jumaat lepas.

Presiden FeRTAS, Walter Kandayon dalam satu kenyataan berkata jumlah peruntukan tersebut amat wajar memandangkan pelancongan luarbabdar, terutama sekali pelancongan berasaskan komuniti (CoBT), di negeri Sabah telah mula menunjukkan hasil yang signifikan selepas secara agresifnya dibangunkan oleh Lembaga Pelancongan Sabah (STB) pada tahun 2014.

“Sungguhpun pembangunan CoBT hanya mula dirancakkan lapan tahun lalu, namun program ini sudah terbukti berupaya menyumbang kepada pembangunan negeri Sabah.

“CoBT berjaya menjana pendapatan, peluang pekerjaan dan pembangunan modal insan di luar bandar.

“Sebagai contoh ada beberapa CoBT di Kiulu dan Kota Belud yang diangkat oleh kerajaan negeri sebagai perintis pembangunan pelancongan pelancongan luarbandar mampu menjana pendapatan sehingga menjangkau RM20,000 sebulan.

“Dengan adanya peruntukan yang lebih besar maka lebih banyak program yang melibatkan pelancongan komuniti di luar bandar dapat dilaksanakan,” katanya.

Dalam pada itu, pihaknua turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri, di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Sesungguhnya FeRTAS amat kagum dengan kebijaksanaan Ketua Menteri dalam memberi fokus kepada tiga bidang utama pertumbuhan ekonomi termasuk industri pelancongan.

“FeRTAS amat mengalu-alukan peruntukan tersebut dan yakin bahawa ia mampu memacu pembangunan pelancongan luar bandar sering dengan impian 2030,  pelancongan luar bandar Sabah bertaraf dunia,” katanya.