103 Murid SK Belatik, 88 Mualaf Terima Sumbangan YNJ

103 Murid SK Belatik, 88 Mualaf Terima Sumbangan YNJ

0
SHARE
Norlidah
Toh Puan Norlidah (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama warga SK Belatik Papar ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

PAPAR, SABAH – Seramai 103 murid Sekolah Kebangsaan Belatik, Papar serta 88 orang mualaf menerima sumbangan Yayasan Nur Jauhar (YNJ).

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Dewan Terbuka SK Belatik, Papar dalam Program Ziarah Kasih Ke Zon Pantai Barat dan Pedalaman Bawah.

Turut hadir pada program itu, Setiausaha Sulit Kepada Tuan Yang Terutama, Datuk Abinan Asli serta Penolong Setiausaha Kehormat YNJ, Datin Al Hana Juhar serta Guru Besar SK Belatik, Salbiah Ali.

Terdahulu, Toh Puan Norlidah menyertai kira-kira 100 jemaah muslimah dalam Program Bacaan Surah Yasin di Masjid Jamek As-Salam Kampung Benoni, Papar. — JABATAN PENERANGAN SABAH