KONSPIRASI CUBA MENGELIRUKAN YDP AGONG AKAN TERBONGKAR – ANNUAR MUSA

KONSPIRASI CUBA MENGELIRUKAN YDP AGONG AKAN TERBONGKAR – ANNUAR MUSA

0
SHARE

KUALA LUMPUR – UMNO yang dilihat sebagai ‘King maker’ kian hilang pendirian dengan tindakan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zahid Hamidi yang dilihat menjilat ludah sendiri untuk bekerja dengan Pakatan Harapan.

Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa tanpa menamakan sesiapa mendakwa wujud konspirasi terancang apabila ‘ada duri dalam daging’ yang cuba mengelirukan Yang di-Pertuan Agong dalam soal pemilihan Perdana Menteri ke-10.

Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata pihak berkenaan mengemukakan dokumen bercanggah Perlembagaan dan bertentangan dengan keputusan Dewan Tertinggi BN.

“Ada pihak sekali lagi cuba mengelirukan Yang di-Pertuan Agong dengan dokumen bukan saja bercanggah Perlembagaan malah bertentangan keputusan Dewan Tertinggi BN…

“Perbuatan menjayakan konspirasi terancang ini amat dan melanggar resolusi diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini serta keputusan Dewan Tertinggi BN,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

Menurut sumber Berita Harian, kesemua 30 Ahli Parlimen BN dilaporkan bersepakat untuk berkecuali daripada menyokong mana-mana nama yang dicalonkan sebagai Perdana Menteri dan bersedia untuk menjadi pembangkang.

Annuar berkata kerumitan wujud apabila ada pihak dalam BN membuat pakatan sulit atau konspirasi sejak sebelum PRU15 sedangkan perkara itu satu kesalahan besar serta tidak sah dan terbatal.

“Dasar parti ‘No Anwar, No DAP’ diputuskan dalam perhimpunan agung mengikat semua orang dan tak boleh dirombak mana-mana individu. Sebarang tindakan bercanggah dengan dasar parti adalah terbatal dan tidak dikira…

“Pendirian anggota parlimen dipilih, untuk menentukan siapa mereka sokong bagi memegang jawatan Perdana Menteri mesti dibuat tanpa sebarang tekanan sesiapa. Ahli parlimen berhak membuat keputusan mengikut dasar parti secara sah.

“Sebarang dokumen lain cuba dimanipulasi adalah terbatal dan tidak sah serta tidak berperlembagaan. Justeru kita yakin kebijaksanaan dan sikap adil serta berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong sebagai penguasa mutlak dalam melantik Perdana Menteri,” katanya.

Katanya setiap Ahli Parlimen BN akan diberi peluang menyatakan sendiri pilihan mereka sesuai dengan kehendak perlembagaan sementara masalah konspirasi yang bakal terbongkar akan diurus UMNO dan BN.