Sekatan Jalan Raya 24 Jam Seluruh Negara – Ketua Polis Negara

Sekatan Jalan Raya 24 Jam Seluruh Negara – Ketua Polis Negara

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sehingga satu masa yang ditetapkan, pihak Polis akan membuat sekatan jalan raya (SJR) di lokasi strategik di setiap daerah dalam negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani berkata penugasan anggota dibuat secara 24 jam setelah arahan mula kerja diberikan pada tengah malam Selasa (23 Nov).

“Langkah ini sebahagian daripada usaha Polis Diraja Malaysia mencegah jenayah melalui peningkatan tahap omnipresence (keberadaan) bagi menjamin tahap keselamatan dan ketenteraman awam…

“Demi keselesaan pengguna dan kelancaran lalu lintas, tiada halangan SJR akan dijalankan pada waktu puncak atau siang hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau meminta orang ramai memberikan kerjasama dalam mematuhi arahan yang diberikan terutamanya di luar waktu puncak.

Selain itu, beliau memberi jaminan bahawa tahap keselamatan adalah terkawal dan masyarakat tidak perlu bimbang.

Terdahulu, kegusaran peristiwa tragedi berdarah 13 Mei bakal berulang akibat kemelut politik disebarkan oleh yang individu-individu tidak bertanggungjawab di laman media sosial.

Perkara itu dilihat berpunca dari dua calon Perdana Menteri yang masing-masing cenderung kepada nilai konservatif dan liberal.

Bagaimapun, tiga hari selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15, belum seorang pun naik mengangkat sumpah.