KOTA KINABALU, SABAH – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menutup sementara pejabat dan beberapa cawangannya di sini, bermula hari ini (5 Mei) bagi tujuan sanitasi.
LHDN dalam satu kenyataan memaklumkan pejabat dan cawangan yang terlibat adalah Pejabat Pengarah Negeri Sabah, Cawangan Kota Kinabalu, Cawangan Siasatan Kota Kinabalu dan Cawangan Cukai Multinasional.
Menurut LHDN Cawangan Cukai Multinasional akan kembali beroperasi pada 6 Mei, manakala Pejabat Pengarah Negeri Sabah, Cawangan Kota Kinabalu dan Cawangan Siasatan Kota Kinabalu akan kembali beroperasi pada 10 Mei ini.





