Warga Emas Mangsa Rabies Keempat Sarawak Tahun Ini

Warga Emas Mangsa Rabies Keempat Sarawak Tahun Ini

0
SHARE

SARAWAK: Sarawak merekodkan satu lagi kematian akibat rabies melibatkan lelaki warga emas 63 tahun dari Bintulu, menjadikan jumlah kes manusia tahun ini kepada empat.

Free Malaysia Today melaporkan mangsa disahkan meninggal dunia pada 3 Mei selepas dijangkiti rabies.

Mangsa pernah digigit anak anjing pada Februari tetapi tidak mendapatkan rawatan atau vaksin, hanya mencuci luka ringkas sebelum pulang.

Beliau kemudian mengalami gejala seperti lemah anggota dan tidak mahu minum air pada 26 April sebelum dimasukkan ke Hospital Bintulu, di mana jangkitan disahkan.

Punca utama jangkitan ialah kelewatan mendapatkan rawatan serta status anjing yang menggigit tidak diketahui dan tidak divaksin.

Sejak wabak rabies diisytiharkan pada 2017, Sarawak mencatat 94 kes manusia dengan 87 kematian (kadar kematian 92.6 peratus).