Tun Musa, Hajiji Hadir Majlis Kesyukuran Hari Pahlawan Sabah 2026

Tun Musa, Hajiji Hadir Majlis Kesyukuran Hari Pahlawan Sabah 2026

0
SHARE

KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, menghadiri Majlis Kesyukuran Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah 2026 yang berlangsung di Masjid Negeri Sabah, pada Jumaat.

Kedua-dua pemimpin turut menunaikan solat Maghrib secara berjemaah sebelum menghadiri majlis bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat yang dipimpin Mufti Negeri Sabah, Datuk Ustaz Haji Bungsu @ Aziz Haji Jaafar.

Sempena majlis berkenaan, sumbangan khas Hari Pahlawan turut disampaikan kepada wakil Persatuan Veteran sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka dalam mempertahankan keamanan serta kedaulatan negara.

Sambutan Hari Pahlawan 2026 disambut di seluruh negara pada 31 Julai dengan tema “Mengenang Jasa, Mengukuh Pertahanan”.

Sambutan tahunan itu menjadi platform untuk mengenang jasa, keberanian dan pengorbanan para pahlawan yang telah berjuang mempertahankan kedaulatan negara, sama ada pada zaman dahulu mahupun dalam era moden, selain menyemarakkan semangat patriotisme dan penghargaan terhadap anggota pasukan keselamatan negara.