
MEMBAKUT, SABAH – Dataran Pantai Pimping menjadi hentian ke-12 dalam siri penjelajahan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Negeri Sabah.
Di dataran tersebut, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif dan Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor memacakkan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Sabah.
Hadir sama Pegawai Daerah, Ibrahim Terki dan Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Supian Musa.
Selain itu, Arifin turut menyampaikan Sijil Khidmat Setia kepada lima ahli Komuniti Madani yang menabur jasa sejak lebih 30 tahun lalu iaitu Salmah Mohd Yakub, Kusnah Bakir, Dg Afsah Ag Siring, Dg Zaliha Ag Siring dan Halimah Eboh.
Penyertaan mereka dalam aktiviti komuniti bermula sejak penubuhan Kumpulan Penonton, Pendengar dan Pembaca (K3P) yang kemudiannya dijenamakan semula kepada beberapa jenama seperti Komuniti Bestari, Komuniti 1Malaysia (K1M), Komuniti Keluarga Malaysia, Komuniti Harapan Malaysia (KHM) sebelum Komuniti Madani. — JABATAN PENERANGAN SABAH