Mural JaPen Sabah Hiasi Pekan Membakut

Mural JaPen Sabah Hiasi Pekan Membakut

0
SHARE
Arifin
Arifin (enam dari kanan) dalam sesi foto bersama tetamu kehormat Karnival Kita Madani Peringkat Negeri Sabah 2024 ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

MEMBAKUT, SABAH – Mural bertajuk, “Jiwa Merdeka Membakut” nukilan lima pereka Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah kini menghiasi Pekan Membakut.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Komunikasi Visual dan Senireka Razif Hashim, mural yang berukuran 10′ x 12′ itu memaparkan citra sosiobudaya masyarakat di daerah berkenaan.

Terletak di salah sebuah premis bersebelahan Dewan Terbuka, mural dihasilkan oleh pereka, Adleen Haiqal Abd Aziz, 27, Carl Spencer N. Toidis, 32, Rospi Belik, 58, Datu Azlee Datu Abdullah, 49, dan Stevson Simon, 36, mengambil masa tiga hari untuk disiapkan.

Paling menggembirakan mereka apabila Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif menyempurnakan sentuhan terakhir sempena Karnival Kita Madani Peringkat Negeri Sabah 2024, pada Sabtu. — JABATAN PENERANGAN SABAH