SABAH MEMILIH: Shahelmey Janji 3 Aspirasi Utama Di DUN Tanjung Keramat

SABAH MEMILIH: Shahelmey Janji 3 Aspirasi Utama Di DUN Tanjung Keramat

0
SHARE

PUTATAN, SABAH – Calon Barisan Nasional (BN) di DUN N.24 Tanjung Keramat, Ir Shahelmey Yahya berjanji tiga (3) aspirasi dan tunjang utama dalam teras kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ke-16 ini.

Beliau berkata, tiga (3) tunjang utama itu adalah meningkatkan kualiti hidup, membangunkan sumber manusia dan mempergiatkan aktiviti ekonomi serta peniagaan masyarakat setempat.

Shahelmey dalam sesi ‘Walkabout’ kelmarin (Isnin) bertemu penduduk setempat di sekitar Putatan…

“Aspirasi saya untuk Tanjung Keramat berteraskan tiga perkara iaitu pertama sekali meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat.

“Kedua membangunkan sumber manusia berasaskan ilmu pengetahuan dan ketiga mempergiatkan aktiviti ekonomi dan peniagaan untuk meningkatkan taraf hidup setempat masyarakat Sabah dan rakyat Malaysia secara amnya,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai persediaan kempen, Shahelmey berkata, elemen norma baharu (new norm) tetap menjadi keutamaan.

Tambahnya, medium media sosial akan digunakan sebaik mungkin dalam usaha mendekati para pengundi di kawasan berkenaan.

“Kita bersedia mematuhi kempen-kempen cara norma baharu SOP seperti penjarakan sosial, jumlah kehadiran SOP yang ditetapkan dan paling penting, kita jaga kita pastikan kita mainkan peranan virus COVID-19 itu risikonya tidak tersebar semasa tempoh kempen nanti.

Shahelmey dalam sesi ‘Walkabout’ kelmarin (Isnin) bertemu penduduk setempat di sekitar Putatan…

“Mungkin kita menggunakan selain mematuhi syarat-syarat PKPP, kita mungkin menggunakan kemudahan teknologi digital seperti siaran digital media sosial, dan sebagainya dan mungkin pertemuan dengan pengundi kita mungkin aplikasi zoom, video conferencing dan sebagainya,” katanya.

Untuk rekod Shahelmey adalah calon nombor 5 yang akan bertanding dan merupakan calon UMNO/BN bagi menghadapi pertembungan lima (5) penjuru di kerusi DUN N.24 Tanjung Keramat.

Antara calon yang bertanding adalah Mohd Salleh Ladin (USNO), Rosdy Wasli (AMANAH-Warisan), Faezahwaty Abdul Mohamad Ibnu (LDP) dan Elsa Uzair (PCS).