SABAH MEMILIH: PEMBINAAN TUGU LOGO PARTI WARISAN DI HADAPAN BANGUNAN PPNS BUAT...

SABAH MEMILIH: PEMBINAAN TUGU LOGO PARTI WARISAN DI HADAPAN BANGUNAN PPNS BUAT RAKYAT SABAH TERAMAT MARAH

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kami sebagai rakyat Sabah ingin memberikan amaran kepada Datuk Seri Shafie Apdal, negeri Sabah sebenarnya dimiliki sepenuhnya oleh seluruh rakyat Sabah dan bukannya hak milik Shafie atau Parti Warisan Sabah.

“Tindakan Shafie Apdal meletakkan tugu dengan logo lambang Parti Warisan Sabah di hadapan bangunan Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) sangat melampau dan meminta supaya tugu tersebut segera dirobohkan.”

“Sejak 29 Julai lalu parti Warisan Sabah telah hilang kuasa di Sabah”, demikian reaksi dari rakyat Sabah ketika diminta mengulas mengenai pembinaan tugu tersebut.

Tugu lambang Warisan Sabah telah dibina di hadapan bulatan jalan berhadapan PPNS sejak tiga (3) hari lalu dan mula tular di media sosial selepas kakitangan PPNS yang tidak dikenali telah memuat naik foto tugu tersebut dari arah atas bangunan PPNS.

Parti Warisan meletakkan tugu logo Parti Warisan di hadapan bangunan PPNS yang mana telah dikecam oleh rakyat Sabah…

PPNS ialah pejabat kompleks bangunan kerajaan yang terdiri daripada sebuah menara pejabat 33 tingkat dan dua (2) bangunan pejabat 9 tingkat serta menempatkan pejabat Ketua Menteri Sabah dan anggota Kabinet Kerajaan Negeri Sabah yang lain.

Bangunan tersebut dibina atas ilham dan inisiatif Tan Sri Musa Aman.

Menurut Gabungan NGO Bersatu Sabah, tindakan meletakkan tugu Warisan di bulatan laluan PPNS mungkin tidak dianggap salah oleh pemimpin Parti Warisan, ini adalah kerana sebelum ini slogan Parti Warisan iaitu ‘SABAH UBAH’ telah ditukar kepada ‘SABAH KITA PUNYA’, justeru tindakan mereka memasang tugu tersebut bukan sesuatu yang memeranjatkan.

 

 

 

 

 

 

Pemimpin dan ahli Warisan melaungkan Slogan ‘SABAH KITA PUNYA’…

“Ketika ini rakyat Sabah juga dengan jelas dapat melihat foto Shafie Apdal di papan tanda besar (billboard) di seluruh negeri Sabah dan ini sekaligus menimbulkan tanda tanya dari mana Shafie memperolehi sumber kewangan  untuk memasang foto tersebut yang sudah tentu menelan belanja sehingga jutaan ringgit.”

Berhubung perkara ini, netizen yang juga rakyat Sabah meluahkan rasa marah mereka melalui laman media sosial Facebook, antaranya adalah seperti berikut;