SABAH MEMILIH: VIDEO AHLI PARTI WARISAN SANGAT BIADAP DAN KURANG AJAR BERTINDAK GANAS...

SABAH MEMILIH: VIDEO AHLI PARTI WARISAN SANGAT BIADAP DAN KURANG AJAR BERTINDAK GANAS MAKI AZMIN ALI, RAKYAT SABAH MESTI TOLAK MELALUI PETI UNDI

0
SHARE

MEMBAKUT, SABAH – Ahli dan penyokong Parti Warisan Sabah dikecam susulan tindakan ganas mereka memaki hamun Dato’ Seri Azmin Ali semasa sedang mengadakan program ‘Walkabout’ di Serambi Membakut, kelmarin.

Sekumpulan ahli Parti Warisan dilihat sedang duduk di dalam sebuah restoran sebelum kelihatan Azmin Ali turut memasuki restoran tersebut sebelum insiden ganas tersebut berlaku.

Video rakaman yang turut tular di media sosial Facebook tersebut mendapat kecaman majoriti rakyat Sabah.

 

 

 

 

 

 

Sambil menyifatkan tindakan ganas yang telah dilakukan oleh ahli-ahli parti Warisan tersebut sebenarnya bukan menggambarkan sikap sebenar rakyat Sabah.

“Selepas Shafie Apdal menjadi Ketua Menteri Sabah, ahli-ahli Warisan di Sabah begitu berani menbelakangkan undang-undang. Sikap kasar sebegini sebenarnya dicontohi oleh mereka hanya yang berasal dari Selatan Filipina.”

“Sebelum ini rakyat Sabah telah dikejutkan dengan tindakan ganas oleh sekumpulan penyokong tegar Datuk Seri Shafie Apdal yang diketuai oleh Datu Akjan yang telah menyerang seorang ahli UMNO di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.”

 

 

 

 

 

 

Insiden yang sama juga turut berlaku di Lapangan Terbang Lahad Datu apabila ahli-ahli Parti Warisan telah bertindak mencetuskan pergaduhan apabila sengaja membuat provokasi melampau ke atas penyokong Barisan Nasional (BN).