Remaja Hilang Tiga Hari Di Tawau Selamat Ditemui

Remaja Hilang Tiga Hari Di Tawau Selamat Ditemui

0
SHARE
Maira
Nur Humaira Syafiqah ( Sumber Foto: Ihsan PDRM )

TAWAU, SABAH – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu akhirnya ditemui selamat di kawasan Kampung Jawa, Jalan Tengku Osman, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, mengesahkan bahawa remaja tersebut ditemui pada pukul 1 pagi dan kini berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau untuk diambil keterangan serta menjalani siasatan lanjut.

Memetik sumber Harian Metro, kehilangan pelajar tingkatan tiga yang dikenali sebagai Nur Humaira Syafiqah, atau mesra dipanggil ‘Maira’, telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan keluarga dan orang ramai setelah dilaporkan tidak pulang ke rumah pada hari kejadian.

Keadaan terbabit hanya disedari oleh kakaknya, Ayu Naldi, 39, yang kemudian berkongsi mengenai kehilangan adiknya di media sosial dan merayu bantuan orang ramai untuk menjejakinya.